Pembangunan di sekitar kawasan ini juga menyebabkan fungsi sistem sungai berubah daripada fungsi asalnya. Longkang-longkang bersimen yang dibina sebagai benteng saliran telah menjejaskan keindahan semula jadi sungai ini. Sumber air yang mengalir masuk ke kawasan USM akan sampai ke Tasik Aman dan Tasik Harapan. Tasik-tasik ini menjadi tempat takungan air dari atas bukit. Sebelum sumber air mengair masuk ke kawasan USM, isu dan halangan telah timbul dan menjejaskan pemandangan visual di tasik-tasik USM. Sumber air yang mengalir masuk ke USM mendatangkan masalah seperti pencemaran visual dan sisa pengumpulan sampah di kawasan tasik USM. Selain itu, air buangan dari kawasan perumahan juga mendatangkan masalah besar kepada USM kerana air buangan dari perumahan akan mengalir ke USM. Masalah ini disebabkan benteng saliran simen yang dibina berhubung dengan saliran USM.
Isu-isu yang mengakibatkan kejadian ini disebabkan pembalakan untuk pembangunan di sekitar kawasan sungai. Selain itu, penempatan setinggan di tapak pembinaan telah menjejaskan pemandangan visual dan aktiviti pembuangan sampah-sarap ke sungai juga menjejaskan kualiti air sungai. Akibat daripada pembalakan, fenomena hakisan juga akan timbul. Pemendapan pasir dan sisa buangan daripada aktiviti manusia telah merosakkan qualiti dan ekologi sungai di USM.
Walau bagaimanapun, kawasan ini juga terdapat pontesis tersendiri untuk dibangunkan. Kawasan bukit boleh dibangunkan sebagai tempat rekreasi yang bertema sumber semula jadi. Keadaan ini disebabkan kawasan bukit beralun dan bercerun. Selain itu, aktiviti mendaki bukit boleh diusahakan seperti di Bukit Jambu sebagai contoh. Taman pemainan kanak kana dan orang dewasan boleh dibangunakan di sini. Aktiviti seperti pemainan kanak-kanak, jogging track, dan tempat barbeku boleh dicadangkan. Akhir sekali, open air café boleh dicadangkan dan dibina di sepanjang kawasan sungai dalam USM. Di kawasan ini terdapat tempat hijau dan tempat penetuhan daripada pokok-pokok besar.

No comments:
Post a Comment