-KEADAAN SUNGAI DI USM-
Zon air tawar “Freshwater Zone” membekalkan kepentingan ekologi dan ekonomi kepada alam sekitar dan manusia. Zon ini termasuk kawasan “lentic” iaitu bahagian tasik, kolam, dan “wetland”. Selain itu, bahagian “lotic” seperti sungai dan stream juga dikenali sebagai zon air tawar. Zon air tawar ini menyumbangkan kepentingan ekologi dan ekonomi terhadap alam sekitar dan manusia walaupun ia hanya menyumbangkan kurang daripada 1% air tawar terhadap permukaan bumi.
Zon air tawar membekalkan sumber ekologi seperti iklim, kitaran nutrient, rawatan sisa, kawalan banjir, permulihan air tanah, habitat, sumber biodiversity dan maklumat untuk saintifik. Bagi sumber ekonomi, air tawar membekalkan makan, minuman, sistem pengairan, hidroelektrik, pengangkutan, rekreasi dan pekerjaan kepada ekonomi dunia. Zon air tawar di tasik membekalkan kepelbagaian biologi seperti alga, tumbuhan berakar, habitat seperti kura-kura, katak, dan ikan.
Air mengalir dari gunung atau bukit ke lautan mencipta pelbagai jenis aquatic dan habitat di bumi. Air yang tidak telap ke dalam tanah dan tidak disejat ke udara akan menjadi air larian permukaan (surface runoff) dan mengalir ke sungai. Biasanya kejadian sungai bermula dari gunung dan bukit yang mengumpul dan melepas air ke permukaan bumi pada waktu panas.
Kedatangan sumber air yang mengalir masuk ke kawasan USM datang dari atas bukit iaitu berhampiran dengan kawasan pembangunan perumahan Ivory. Kawasan bukit ini tidak dibangunkan lagi tetapi pembangunan yang bercorak perumahan, komersial dan pembinaan jalan raya di bawah kaki bukit telah menjejaskan keadaan ekologi di kawasan ini. Walau bagaimanapun, kawasan hijau di atas bukit masih dikekalkan dan penanaman buah-buahan juga diusahakan oleh penghuni-penghuni yang menetap di sini dengan tidak memuaskan. Namun, sikap manusia yang pentingkan diri telah menjejaskan sistem ekologi di kawasan ini. Penempatan haram dan pembuangan sampah-sarap ke kawasan sungai telah menjejaskan keindahan sungai dan juga sistem sungai aslinya.
Pembangunan di sekitar kawasan ini juga menyebabkan fungsi sistem sungai berubah daripada fungsi asalnya akibat pembangunan tidak mampan. Pembangunan yang tidak mampan ini telah menganggu ekosistem sungai aslinya yang membekalkan perlbagai jenis sumber terhadap alam sekitar. Akibatnya, rekabentuk sungai berubah daripada ciptaan semulajadi kepada ciptaan manusia dan rekabentuk sungai dijadikan sebagai tempat tadahan air dan sempit. Longkang-longkang bersimen yang dibina sebagai benteng saliran telah menjejaskan keindahan semula jadi sungai dan kekayaan sumber ekologi di sungai juga berkurangan. Masalah ini disebabkan pembangunan perumahan dan komersial yang tidak mampan telah menjejaskan keseluruhan ekosistem sungai.
Peningkatan air larian permukaan sungai akan membebankan sistem pengairan sungai. Pembangunan tidak mampan di kawasan ini akan meningkatkan air larian permukaan yang banyak ke sungai dan akibatnya mendatangkan masalah banjir sewaktu hujan lebat. Oleh itu, jurutera-jurutera memainkan peranan yang penting dalam keadaan ini untuk merekabentuk sistem saluran air yang baik dengan mengatasi masalah banjir. Untuk mengatasi masalah banjir, pembangunan di sekitar bukit harus dihentikan kerana hutan dapat menjalankan tugasnya sebagai penyerap air hujan yang efektif.
Sumber air yang mengalir masuk ke kawasan USM akan sampai ke Tasik Aman dan Tasik Harapan. Tasik-tasik ini menjadi tempat takungan air dari atas bukit. Sebelum sumber air mengair masuk ke kawasan USM, isu-isu dan halangan telah timbul yang menjejaskan nilai pemandangan visual di tasik-tasik USM. Sumber air yang mengalir masuk ke USM mendatangkan masalah seperti pencemaran visual, bau, dan sisa pengumpulan sampah di kawasan tasik USM.
Selain itu, air buangan atau air kumbahan dari kawasan perumahan dan komersial juga mendatangkan masalah besar kepada USM kerana air buangan dari kawasan perumahan dan komersial akan terus mengalir ke USM. Masalah ini disebabkan benteng saliran simen yang dibina disalurkan terus ke saliran USM dan air kumbahan mengalir masuk ke tasik-tasik USM.
Isu-isu yang mengakibatkan kejadian ini disebabkan pembalakan yang tidak dikawal untuk pembangunan di sekitar kawasan sungai ini. Selain itu, penempatan setinggan dan haram di tapak pembinaan telah menjejaskan nilai pemandangan visual dan aktiviti pembuangan sampah-sarap ke sungai juga menjejaskan kualiti air sungai. Selain itu, air kumbahan dari penempatan setinggan dan haram disalurkan terus ke sungai dan mengalir masuk ke USM. Kejadian ini akan memudaratkan keadaan sensitif ekosistem sungai.
Pembangunan yang tidak dirancang atau berpecah-pecah di kawasan ini juga akan menjejaskan nilai pemandanan visual. Akibat daripada pembalakan, fenomena hakisan juga akan timbul. Pemendapan pasir dan sisa buangan daripada aktiviti manusia telah merosakkan kualiti sungai dan ekologi sungai di USM. Kehadiran sampah yang berasaskan plastik mempunyai potensi untuk membebaskan bahan kimia yang dikenali ‘Endocrine Disrupting Chemicals’ (EDC) atau Bahan Kimia yang mengganggu Endokrin. Bahan-bahan ini akan memudaratkan keadaan ekosistem di sungai.
Dengaan itu, sistem ekologi dalam sungai akan terjejas akibat kehadiran plastik. Rekabentuk fungsi asal sungai juga akan berubah akibat daripada bahan-bahan pemendapan dan kedalaman sungai akan menjadi cetek. Dengan itu, banjir akan sering berlaku akibat aktiviti pembangunan tidak mampat.
Walau bagaimanapun, kawasan ini mempunyai pontesis untuk dibangunkan. Cadangan kerja-kerja pemuliharaan dan pemeliharaan adalah untuk mengatasi masalah yang menjejaskan ekosistem sungai. Oleh itu, pembangunan mampan harus diberi perhatian untuk mancapai matlamat.
Kawasan bukit ini boleh dibangunkan sebagai tempat rekreasi yang bertema sumber semulajadi kerana kawasan ini kaya dengan sumber semulajadi dan bercerun-curam. Selain itu, aktiviti mendaki bukit boleh diusahakan seperti di Bukit Jambu. Tapak menikmati keindahan pemandangan boleh diusahakan seperti pembinaan “Viewing Tower”. Tapak-tapak perkhemahan juga boleh diusahakan seperti “Summer Kem”. Taman pemainan kanak kanak dan orang dewasan boleh dibangunakan di sini. Aktiviti seperti pemainan kanak-kanak, jogging track, dan tempat barbeku boleh dicadangkan.
“Open air cafe” boleh dicadangkan dan dibina di sepanjang kawasan sungai dalam USM. Di kawasan ini terdapat tempat hijau dan tempat penetuhan daripada pokok-pokok besar. Para pelajar boleh menikmati keindahan sungai sambil menikmati makanan yang dihidangkan.
Selain itu, taman-taman bertema boleh diusahakan di kawasan tasik contohnya “Oriental Garden”. “Oriental Garden” dikatakan taman yang tidak formal tetapi ia mempunyai susunan ruang yang baik dengan pokok-pokok dan usur-usur taman yang lain seperti landskap keju. Tujuan mencadang “Oriental Garden” adalah untuk mendapat pemandangan semulajadi yang indah dan menjadikan ia sebagai satu tempat untuk refection dan meditasi untuk para pelajar.

Gambah rajah berikut menunjukkan keadaan semasa di tapak
Masalah Pemendapan Pasir
Sisa Pembuangan yang mengalir masuk ke USM

Benteng Cemet Longkang Buatan Manusia

Penempatam Haram yang Menjejaskan Nilai Pemamdangan

Pembuangan Sampah Ke Dalam Sungai di Kaki Bukit

Pembangunan Perumahan DI Kaki Bukit

Sikap Manusia Yang Tidak Menyayangi Alam Sekitar

Pemandangan Yang Indah Di Sekitar Kawasan Bukit

Keindahan Alam Sekitar

No comments:
Post a Comment