Jeram kecil akan direka di bahagian air sungai mengalir masuk ke sempadan USM. Tujuan jeram adalah untuk mengurangkan kelajuan air sungai apabila air hujan mengalir masuk ke bahagian kaki bukit. Selain itu, ia juga digunakan untuk membentuk bunyi aliran jeram .
Tanaman thyhfa angustifolia dan Nymphaea Cultivars (water lily) akan dicadangkan di tapak cadangan.
Jejantas akan dirobohkan dan digantikan dengan batu. Batu-batu akan dijadikan sebagai laluan lalu-lalang bagi para pelajar dan pengguna. Batu-batan yang daicadangkan di dalam sungai akan membekalkan makanan kepada ikan. “Plankton” akan tumbuh di celah-celah batu dan menjadi makanan kepada ikan-ikan di dalam sungai.
“River Stram Walk Way” mempunyai dua kegunaannya tersendiri. Kegunaan pertamanya ialah dijadikan sebagai laluan pejalan kaki kepada para pelajar. Kegunaan kedua ialah dijadikan sebagai laluan joging kepada para pelajar. Tujuan pembinaan “River Stream Walk Way” adalah untuk menyampaikan mesej kepada para penggunan tentang kepentingan melakukan senaman untuk menjamin kesihatan.
“River Stram Walk” juga dijadikan sebagai tempat istirehat begi para pelajar. Perbincangan dan pembelajaran bolah dilakukan di kawasan ini. “River Stram Walk” juga disambungkan dengan Tasik Aman dan Tasik Harapan. Oleh itu aktiviti-aktiviti rekreasi dapat dilaksanakan di sini seperti kayak, joging, penyuapan ikan dan berkelah pada waktu senja.
Gamba rajah di bawah menunjukkan pandangan perspektif "Green River Stream Walk".
"River Stream Walk" dijadikan sebagai laluan jalan kaki bagi para pelajar di USM
"River Stream Walk" dijadikan sebagai laluan senaman di USM


No comments:
Post a Comment